Fasa peralihan ke endemik awal bulan lalu nyata memberi kelegaan kepada usahawan industri fesyen untuk terus berkembang pesat sekaligus memberi pulangan lumayan kepada mereka.
Bagi tukang jahit, kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini memang ditunggu-tunggu selepas dua tahun industri itu agak suram berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kurang menerima tempahan baju raya.